Cornflakes Chips cookies

Posted on 6:40 AM In:
Ini merupakan resepi baru aku..hik3..

Resepi ini asalnya dari < sini > Nama resepi ini telah ku ubah mengikut inti pati bahan dia..haha

1st time aku buat biskut ni mase tu cuma nak menghabiskn saki-baki bahan2 lebihan dari aku wat biskut hari raya aidilfitri yg lalu..( phm ke??)

maksudnya, mak aku laa ni, srh menghabiskan bhn2 lebihan wat biskut dulu cthnye: tepung, choc chip, gula & etc.. disebabkan mak aku jenis xsuka simpan2 bahan2 lebihan ni..katenyee wat menyemak dapor die je.. better aku pi perabihkan segala bahan yg ado.. sonang! nk kemas dapor pon sonang!! mata dia pon x sakit kn tgk bhn2 lebih utk wat kuih tu..secemet2 aku dok simpan..dah laa wat biskut setahun skali jee..haha.. sbb kalo x dihabiskan, ke tong sampah laa jwb nyee kan..(*_^) see.. membebel kat sini plak dah..cett!!

so, disebabkan aku anak yg baik lg mendgr kata..cee wahh.. -tipu2..- di tambah plak dgn minat aku yg mmg suka men msk2 ni kan..so, dgn lajunyee..aku pon wat laa biskut tersebut & aku ubah resepi <sini>

So, straight to the point jerlaa yek::

Bahan-Bahan:
    • 250 gm Mentega (1 cube butter) 
    • 1 1/2  cup Gula Icing 
    • 2 biji telur ayam
    • 2 cup Tepung Naik Sendiri 
    • 1 1/2 cup tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung jagung  
    • 1 1/2 sudu besar serbuk coco 
    • 2 sudu besar esen vanilla
    • 2 genggam Choc Chip
    • 1/2 kotak cornflake (saiz plg kecik) dihancurkan (cara nak hancurkan:: ramas2 jee smpi hancur.. :)). 
    kalao ada kacang almond yang kecik2 tu pon leh jee nk masukkan sekali..  (tips: lagi byk bhn..lagi sodap kot)..hehe
     okeh..sonang yo kn bhn2 nye??

    skrg pergi ke cara2 nak buatnye plak::

    1. pukul butter & gula sampai kembang (tak kembang sgt pon xpe, sbb ni bukan buat kek.. kalau buat kek itu WAJIB pukul smpi kembang k.. biskut xyah kot).
    2. masukkan telur & pukul rata.
    3. masukkan semua jenis tepung yg disenaraikan & uli rata
    4. masukkan esen vanilla.
    5. masukkan semua bhn (cth: cornflake, choc chip & kacang almond hancur) 
    6. uli rata. 
    7. bentukkan bulat2 ikut kesukaan masing2..
    8. bakar sehingga masak. 
    9. sedap di makan begitu saje..hehe
      Ok..mudah saje kan?? anda sume boleh try..:) sonang yo..hik3..

      mcm mane dgn rase??hehe ermm... lebih kurang mcm biskut famos amous taw!!!haha

      eh2..ade lagi ke org yg xkenal biskut famous amos?? mehlaa..kite tunjukkan gmbr biskut famous amos kt awk ehh..hehehe

      pakcik..inilaa biskut famous amos yg sy ckp kt awk tu..nnt sy banje awk biskut ni eh :)

      tapi, kalo uollss wat biskut ni..ghupe die lbh kurang cenggini lerr yee..

      cornflake chips cookies =)

      ok, itu sahaja nk kongsi..

      p/s:: maybe leh jugak wat biskut ni utk pikat hati bakal mak mentua kerr??hahahaha..ok2..just kidding.. weksss (*_^)

    Reactions: 

    Spagetti Olio Black Pepper

    Posted on 5:17 PM In:
    Smlm aku telah cuba memasak spagetti olioo kononnyaa..hik3..

    di sebabkan teringin sesgt & pendek kata terlalu mengidam nk mkn spagetti olio yg mcm kat pizza hut tu..

    tross search recipe spagetti olio..hehe

    after dh baca2 beberapa recipe di internet..

    Macam biasa, aku pon olah jadi spagetti olioo aku sndr..

    Rasa Not bad, mudah plak tu..dan akan ku cuba untuk buat lagi lepas ni..hehe

    gmbr crdt to google
    There is the recipe..hehe

    Bahan-Bahan:
    • 1/2 packet Spagetti
    • 5 ulas bawang putih
    • 6 biji cili api
    • 5 batang sosej ayam (AYAMAS)
    • Segenggam udang sket / ayam / daging / sotong
    • 1 biji cili benggala (hijau) @ capsicum
    • 1 biji cili merah
    • 1/2 btg carrot
    • serbuk black pepper
    • 1 kiub pati ayam KNORR
    • Garam
    • Minyak
    Cara-Cara:

     Pre Masak::
    1. Rebus spagetti bersama air dan 2 sudu besar minyak serta 1 sudu garam (minyak & garam bertindak supaya spagetti terurai). Rebus sehingga spagetti lembut dan toskan.
    2. Tumbuk bwg putih & cili api sehingga lumat
    3. potong carrot, cili capsicum, cili merah, udang & sosej kecil2 ~ikut suka
    4. Goreng sosej sehingga masak.
    Start masak::
    1. Panaskan minyak ~anggar ikut kuantiti bawang putih.
    2. Tumiskan bwg putih & cili api sehingga naik bau.
    3. Masukkan udang/ayam/sotong.
    4. Masukkan Carrot, cili capsicum & cili merah.
    5. Masukkan sedikit garam & air & kiub pati ayam KNORR.
    6. Masukkan spagetti yang telah di toskan.
    7. Masukkan sosej yang telah di goreng.
    8. Taburkan serbuk black pepper.
    9. Kacau rata sehingga masak.
    10. Kalo rasa dh ok, bleh angkat. Kalau rasa kurang sedap tambah garam @ cukup rasa @ black pepper..hehe
    11. sedia di hidang bersama dengan telur goreng @ nugget kot..
    Selamat mencuba..bahan yg mudah & senang di masak :)

    (Nota kaki:: actlly, bahan2 rencah utk spagetti ni leh tambah apa like mushroom ke? kobis bunga ke? brokoli ke?? selagi ianya masih bersesuaian & diterima akal kan??..so, nk msk ni kena kreatif kot..lg pon korang jugak yg nk mkn kan..haha)

    Reactions: 

    CHoC Chip Cookies plus almond..

    Posted on 7:24 AM In:
    Rasanya.. Choc Chip Cookies ni memang suma org pon suka kot.. Resepi ni dtgnya dari blog PrinCess_N.. Setelah aku try test & buat beberapa kali.. & telah ku edit sedikit resepinya... Barulah aku berkongsi resepi ini dgn uolls..so, no plagiarism kan??haha
    baHan~baHan:
    250 gm Mentega (1 cube butter)
    3/4 cup Gula Icing
    3/4 cup Gula Perang
    2 cup Tepung Naik Sendiri
    1 1/2 cup tepung gandum
    160 gm Choc Chip
    160gm almond
    2 sudu Coco Powder
    2 biji Telur
    2 sudu Tepung Jagung
    2 sudu esen vanilla
    caRa~caRa:

    1. Pukul mentega, gula caster, gula perang hingga kembang.


    2. Masukkan telur sikit~sikit.


    3. Masukkan tepung naik sendiri, coco powder, tepung jagung sikit demi sikit.
    4. Masukkan choc chips & almond & sewaktu dgnnya.
     

    5. Letakkan acuan ikut saiz citarasa sendiri. Bakar 160 celcius selama 40minit.


    hasiLnYa haRusLaa caNi ekk...
    (Gambar suma credit to PRinCess_N juge) (^_*)

    Sekian, selamat mencuba!!

    (Nota kaki: almond juga boleh diganti dengan corn flake yang telah dihancurkan @ bahan2 lain yang sama waktu dgnnya..ikut kreativiti anda)..hehe :) noted!! if tukar bhn...so, nama biskut pon kena tukarlah yek..haha ;)

    Reactions: 

    SamBal ikan Bilis Cili Padi

    Posted on 9:44 PM In:

    Bahan-Bahan:
    • 2 biji bawang kecik
    • 1 ulas bawang putih
    • 10 biji cili api
    • 1 1/2 genggam ikan bilis 
    Cara-Cara:
    1. goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
    2. Tumbuk bwg kecik + bwg putih + cili api sehingga lumat.
    3. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi sehingga betul2 garing.
    4. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
    5. Sedia di makan dengan nasi panas.. 
     p/s:: Memang membuka selera..jimat pon jimat.. sgt sodapp.. xcayo poielaah cubo..kalo ado potai..nk tambah pun buleh..hehe.. selamat mencubo yoo.. =)





    Reactions: 

    Kek CokLat

    Posted on 10:17 PM In:
    mabeless kek :)

    Saja nak kongsi resepi Kek Coklat lembap (moist) termudah abad ini :

    Bahan-bahan:

    BAHAN A

    • 2 biji telur ayam
    • secubit garam
    • 1 cawan gula halus
    • 1 cawan minyak
    • 1 cawan air masak
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 1 sudu besar esen vanilla

    BAHAN B

    • 1 3/4 cawan tepung gandum (tips:: Nak lembut, kalau boleh kurang kan sket..jgn smpi 1 3/4 cwn sgt)
    • 1 sudu teh bikarbonat
    • 1 sudu teh serbuk penaik
    • 1 cawan serbuk koko (Tips:: saya selalu buat 3/4 cwn shj sbb itu pun sudah memadai)

    CARA-CARA:
    1. Blender 2 biji telur ayam + secubit garam selama 5 minit.
    2. Masukkan 1 cawan gula halus, blend lagi 3 minit.
    3. Masukkan 1 cawan minyak + 1 cawan air + 1 cawan susu pekat manis + 1 sudu esen vanilla.
    4. Ayak bahan B bersama.
    5. Tuang bahan B ke dalam bahan B dan kacau hingga sebati
    6. Sedia di bakar (nak wat dlm cup cake pon bulehh... tiada larangan di situ)

    Advantage:: Tak perlu dipukul..hanya blender guna BLEND cili tu jerr..hehe :) jimat masa, tenaga..bahan pun mudah kan??

    Rugi x cuba..insya-allah jika di izinkan..akan jadilaa Kek Coklat moist itu..

    Sekian.. SELAMAT MENCUBA... =)


    Reactions: 

    ~What u give..u get back :)~

    Posted on 9:18 PM In:
    Orang yang ikhlas senantiasa di tindas... sgt terkesan di hati saya membaca entri ini yg telah di copy paste dr blog en.laloque..hehe =)

    Tazkirah yang banyak benarnya. Jadi jangan la murung dan susah hati bila segala keikhlasan kita disalah erti dan tidak dihargai.. 


    ***********************

    Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
    “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

    “Mengapa?” balas saya.

    “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
    Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
    Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

    “Oh ramai encik…”

    “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
    Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

    “Kakak, boleh saya bertanya?”

    “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
    “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

    Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
    Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
    Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

    “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

    “Maksud encik?”

    “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

    “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
    “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

    “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

    “Maksud kakak?”
    “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

    “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
    Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

    “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
    Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

    “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
    Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

    “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

    “Pasti ada! Insya-Allah.”

    “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
    “Subhanallah!”

    “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

    “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
    “Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

    “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

    “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
    “Maksud encik?”

    “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

    “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
    Giliran saya pula tersenyum.

    “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
    “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

    “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

    “Maksud encik?”
    “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

    “Kenapa?”

    “Kita akan sakit jiwa!”

    “Kenapa?”

    “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
    “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

    “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

    “Ah, kita terlalu ego…”
    Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


    p/s:: btol2..jadik berusahalah utk jadi manusia yg ikhlas :)

    Reactions: 

    Sohseh-SohSeh

    Pengikut Setia